PEMAIN Sheffield United's William Osulamer merebut bola daripada penyerangChelsea's Benoit Badiashile - Foto Reuters
PEMAIN Sheffield United's William Osulamer merebut bola daripada penyerangChelsea's Benoit Badiashile - Foto Reuters
AFP

London: Pengurus Chelsea Mauricio Pochettino melihat Chelsea kembali berada di landasan terbaik selepas mengalami kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris sebelum ini.

Pochettino berkata, kemenangan 2-0 terhadap Sheffield United malam tadi menutup mulut pengkritik yang menghentam pasukan itu selepas tewas kepada Manchester United dan Everton.

Walaupun Chelsea dilihat agak bergelut untuk memenangi perlawanan menentang Sheffield United namun gol penting menerusi Cole Palmer dan Nicolas Jackson mengesahkan kemenangan yang sangat diperlukan.

"Saya fikir kami banyak berbincang sepanjang minggu selepas Everton mengenai keperluan perubahan yang drastik.

"Adalah penting untuk mengesahkan bahawa kami berada dalam laluan yang baik. Pasukan dalam separuh masa pertama agak menyedihkan kerana tidak dapat melepasi pertahanan Sheffield United,"katanya.

Gol pertama Chelsea pada minit ke-54 menerusi Palmer selepas mendapat umpanan dari Raheem Sterling.

Selepas jaringan terbabit, tujuh minit kemudian Jackson meletakkan Chelsea lebih selesa selepas menyumbat gol kedua pasukan.

"Kami tidak menunjukkan keupayaan untuk menjadi fleksibel dan mudah bagi mereka untuk mengenal pasti kedudukan kami dan mudah buat mereka untuk menghalang pergerakan pemain Chelsea,"kata Pochettino.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Disember 2023 @ 8:39 AM