RONALDO lega temui sentuhan jaringan. FOTO AFP
RONALDO lega temui sentuhan jaringan. FOTO AFP
AFP

Al-Hasa: Cristiano Ronaldo akhirnya membuka akaun jaringan bersama kelab barunya, Al Nassr selepas menjaringkan gol menerusi sepakan penalti ada masa kecederaan untuk menyelamatkan pasukannya mencatat keputusan seri 2-2 menentang Al Fateh.

Pemain antarabangsa Portugal yang akan mencecah usia 38 tahun esok, menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-93 untuk membolehkan kelab Riyadh itu berkongsi mata di tangga teratas Liga Pro Saudi dengan Al Shabab, tetapi kurang satu perlawanan.

Ronaldo menamatkan kemarau pada penampilan ketiga, selepas gagal meledak gol ketika kemenangan ke atas Ettifaq pada 22 Januari dan kekalahan di tangan Al Ittihad dalam saingan Piala Super minggu ini.

Beberapa hari sebelum penampilan sulungnya dengan Al Nassr, Ronaldo meledak dua gol untuk pasukan pilihan Riyadh menentang Paris Saint-Germain yang diterajui Lionel Messi, di mana mereka tewas 4-5 tetapi Ronaldo dinobatkan pemain terbaik perlawanan.

Pemenang lima kali Ballon d'Or itu, yang memegang rekod sepanjang zaman jaringan Liga Juara-Juara dan antarabangsa, menerima lebih 400 juta euro (RM1.84 bilion) untuk perpindahan ke Arab Saudi.

Ia termasuk 200 juta euro (RM919.99 juta) bagi membantu Arab Saudi membida hak penganjuran Piala Dunia 2030. -

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Februari 2023 @ 10:52 AM