SHAW (kanan) ketika beraksi menentang Watford. -FOTO AFP
SHAW (kanan) ketika beraksi menentang Watford. -FOTO AFP
AFP

London: Pengendali Manchester United, Erik ten Hag berkata, bek kiri England, Luke Shaw tidak akan pulih daripada kecederaan sehingga selepas rehat antarabangsa seterusnya pada pertengahan November ini.

Shaw diketepikan kerana masalah otot sejak United tewas 0-2 di Tottenham pada 19 Ogos.

Dia kini sudahpun terlepas sembilan perlawanan United serta empat perlawanan England dan jumlah itu dijangka akan meningkat ketika memasuki tempoh sibuk musim ini.

Pemain Ten Hag kini perlu bersedia untuk bermain tujuh kali bermula dari sekarang sehingga perlawanan seterusnya England menentang Malta pada 17 November.

United turut terjejas di bahagian pertahanan apabila seorang lagi pemain pertahanan kanan Aaron Wan-Bissaka diketepikan kerana kecederaan ketika menentang Brighton pada 18 September.

"Sudah tentu mereka lebih rapat. Tetapi untuk Luke Shaw, saya tidak menjangkakan dia kembali dalam tempoh permainan ketika ini," Ten Hag.

"Aaron Wan-Bissaka, saya tidak fikir dia akan kembali menjalani latihan bersama pasukan dalam waktu terdekat ini."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Oktober 2023 @ 8:17 AM