PENYERANG Sepanyol, Alvaro Morata meraikan jaringannya ke atas Scotland. FOTO Agensi
PENYERANG Sepanyol, Alvaro Morata meraikan jaringannya ke atas Scotland. FOTO Agensi
AFP

Paris: Harapan Scotland untuk menempah tiket lebih awal tidak kesampaian apabila tumbang 2-0 di tangan Sepanyol dalam saingan Kumpulan A Kelayakan Euro 2023, ketika Norway turut meraih kemenangan besar 4-0 ke atas Cyprus.

Scotland hanya memerlukan satu mata daripada tiga baki aksi peringkat kumpulan selepas melakar lima kemenangan sebelum ini bagi membolehkan mereka menempah tiket ke Jerman tahun depan dihalang Sepanyol.

Dalam aksi yang berlangsung di Seville itu, tuan rumah terlebih dulu menemui jaring pelawat namun ledakan Scott McTominay untuk Sepanyol dibatalkan selepas ulang tayang VAR.

Begitupun, Alvaro Morata memecah kebuntuan pada minit ke-73 selepas mendapat hantaran Jesus Navas dan 10 minit kemudian tonggak gantian, Oihan Sancet memastikan kemenangan ke-25 berturut-turut Sepanyol dalam aksi kelayakan Euro di laman sendiri.

Di Larnaca, Erling Haaland menjaringkan gol kelima dan keenam kempen kelayakan. Alexander Sorloth dan Fredrik Aursnez turut menemui sasaran dalam kemenangan Norway.

Sepanyol kekal di tangga kedua kumpulan, tiga mata di belakang Scotland dan dua di depan Norway. Sepanyol juga bermain kurang satu perlawanan berbanding kedua-dua pesaingnya itu.

Dalam kumpulan D, Turkiye yang tampil buat pertama kali di bawah bimbingan Vincenzo Montella, menewaskan Croatia 1-0 untuk mendahului kumpulan.

Manakala Albania mengukuhkan cengkaman dalam Kumpulan E dengan kemenangan 3-0 ke atas Republik Czech.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Oktober 2023 @ 8:10 AM