PENJAGA gol Chelsea, Robert Sanchez (kanan) menangkap kemas bola ketika menentang Fulham. FOTO Reuters
PENJAGA gol Chelsea, Robert Sanchez (kanan) menangkap kemas bola ketika menentang Fulham. FOTO Reuters
AFP

London: Chelsea yang mempunyai masalah dalam menjaringkan gol akhirnya membuktikan kemampuan mereka pagi tadi, selepas meledak dua jaringan dalam tempoh 82 saat untuk mencatat kemenangan 2-0 ke atas Fulham dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain kelahiran Ukraine, Mykhailo Mudryk akhirnya berjaya mencetak nama sebagai penjaring gol.

Pasukan bimbingan Mauricio Pochettino yang mengalami masalah kecederaan bertandang ke tempat lawan dengan hanya dibezakan dua mata di atas zon penyingkiran dan mengumpul lima jaringan.

Melepaskan peluang di awal saingan dilihat seperti perkara biasa buat Chelsea namun pemain sayap, Mudryk berjaya menjaringkan gol pertamanya pada minit ke-18 dan Armando Broja menggandakan jaringan dalam sekelip mata.

Kemenangan itu membawa Chelsea ke pertengahan liga dan meredakan tekanan ke atas pengurus baharu Pochettino yang bergelut, selepas pasukannya gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan EPL sebelum ini.

Bekas bos Tottenham dan Paris Saint-Germain itu merayu atas ketumpulan anak buahnya di depan gawang dan kegusarannya diselesaikan dengan dua gol pada separuh masa pertama.

"Adalah penting bagi kami untuk membina keyakinan dan kepercayaan pada diri kami sendiri," kata Pochettino kepada Sky Sports.

"Persembahan yang dipamerkan sangat baik, saya sangat gembira untuk para pemain dan akhirnya kami mendapat apa yang sepatutnya."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Oktober 2023 @ 8:47 AM