PENGURUS Chelsea, Mauricio Pochettino. FOTO Agensi
PENGURUS Chelsea, Mauricio Pochettino. FOTO Agensi
Reuters

London: Mauricio Pochettino memuji keberanian yang ditunjukkan anak buahnya apabila berjaya menundukkan Leeds United 3-2 pada aksi pusingan kelima Piala FA di halaman sendiri.

Jelas pengendali Chelsea itu, pemain menunjukkan kebangkitan walaupun dikritik hebat hujung minggu lalu selepas tewas kepada Liverpool dalam aksi final Piala Liga.

Katanya, barisan pemain tidak takut malah berjaya memperbaiki kesilapan sebelum ini dengan meraih kemenangan.

"Persembahan seperti ini membuktikan yang kami berani dan mampu memenangi perlawanan. Kami sedar kami siapa," kata Pochettino.

Dalam aksi itu, pelawat terlebih dulu mendahului menerusi Mateo Joseph sebelum Nicolas Jackson dan Mykhailo Mudryk menjaringkan gol buat Chelsea.

Joseph sekali lagi menemui sasaran tetapi Gallagher memastikan kemenangan buat Connor Pochettino pada minit ke-90.

Chelsea akan bertemu kelab Liga Kejuaraan, Leicester City pada suku akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Februari 2024 @ 11:10 AM