SARFRAZ kesal penculikan pemain terbabit.
SARFRAZ kesal penculikan pemain terbabit.
AFP

Quetta, Pakistan: Pasukan keselamatan di Pakistan melancarkan gerakan besar-besaran mencari enam pemain bola sepak yang dipercayai mangsa penculikan puak pemisah, menurut menteri hari ini.

Pemain bola sepak tempatan terbabit berusia antara 17 dan 20 tahun di diculik di bandar Sui dalam daerah Dera Bugti wilayah Balochistan ketika dalam perjalanan menyertai kejohanan.

"Keluarga kami berduka, terkejut dan sangat sedih," kata Zakir Hussain, bapa kepada pemain berusia 20 tahun Aamir Hussain kepada AFP.

"Kami tak menerima sebarang komunikasi daripada dia sejak diculik dan penculik tidak menghubungi kami," tambahnya.

"Dia pemain berbakat. Dia tak bersalah dan bermain bola sepak bukan jenayah."

Menteri Dalam Negeri Sarfraz Bugti dalam kenyataannya lewat malam semalam berkata seluruh wilayah terlibat sudah dikepung dan semua sumber digerakkan untuk mencari pemain terbabit.

Dia mendakwa penculik terdiri daripada Tentera Republik Baloch, kumpulan pejuang militan yang mendesak kuasa autonomi lebah besar untuk Balochistan.

"Insiden ini sangat serius membabitkan sehingga enam pemain muda yang kini dalam tebusan pengganas," katanya.

Menurut saksi, sekumpulan lelaki bersenjata menahan kenderaan dinaiki 16 pemain sebelum menculik enam daripada mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 September 2023 @ 8:19 PM