PULISIC (tengah) bersorak selepas AC Milan menang 2-0 ke atas Bologna. FOTO TWITTER AC MILAN
PULISIC (tengah) bersorak selepas AC Milan menang 2-0 ke atas Bologna. FOTO TWITTER AC MILAN
AFP

Milan: Christian Pulisic menjaringkan satu gol dan mengumpan untuk satu lagi gol agi membantu AC Milan menang 2-0 di Bologna, awal pagi tadi, sekali gus menyaksikan kesan besar dibawa pemain bintang Amerika Syarikat (AS) itu.

Pemain berusia 24 tahun itu berpeluang mencipta semula karier di kelab bersama Milan selepas dijual oleh Chelsea dan dia menjadi tonggak utama skuad Stefano Pioli merangkul tiga mata pada aksi permulaan musim.

Pulisic membuat hantaran yang memperdayakan benteng lawan bagi membolehkan Olivier Giroud menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-11.

Selang 10 minit, Milan menggandakan kedudukan menerusi jaringan menarik Pulisic di depan kotak penalti.

"Kami lihat beberapa perkara bagus pada hari ini dan beberapa perkara yang perlu kami terus bekerja keras," kata Pioli kepada DAZN.

"Saya tahu Pulisic memiliki bakat besar dan tidak pernah sangsi mengenainya. Apabila saya bercakap dengannya sebelum dia menandatangani kontrak, memang jelas dia akan membawa kualiti kepada pasukan ini."

Milan membawa masuk lapan pemain pada jendela perpindahan musim panas ini selepas perpindahan lumayan Sandro Tonali ke Newcastle United.

Jelas, urusan pembelian pemain yang dilakukan itu mampu mengubah nasib pasukan yang terlepas gelaran liga pada pertengahan musim lalu itu.

Milan mencipta banyak peluang menyerang termasuk larian bertenaga Rafael Leao dari sebelah kiri dan pemain sayap Portugal itu tidak bernasib baik apabila percubaannya terkena tiang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Ogos 2023 @ 10:30 AM