NATHAN Jones. FOTO Reuters
NATHAN Jones. FOTO Reuters
AFP

London: Southampton memecat pengurus, Nathan Jones selepas hanya tiga bulan mengendalikan kelab tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Jones melalui detik sukar selepas mengambil alih tugas pengurus Southampton pada November lalu berikutan pemecatan Ralph Hasenhuttl.

Pengendali Wales berusia 49 tahun itu bergelut untuk memenangi hati penyokong Southampton, yang tidak yakin dengan kekurangan pengalamannya di EPL.

Keputusan terakhir daripada lembaga pengarah Southampton hadir selepas pasukan bimbingan Jones tewas 1-2 di tempat sendiri kepada Wolves yang beraksi 10 pemain.

"Kelab Bola Sepak Southampton mengesahkan sudah tidak bekerjasama dengan pengurus pasukan utama, Nathan Jones.

"Jurulatih pasukan utama, Chris Cohen dan Alan Sheehan juga meninggalkan kelab.kata Southampton dalam satu kenyataan," katanya.

Jurulatih utama pasukan, Ruben Selles akan mengendalikan latihan dan menyediakan pasukan sebelum perlawanan menentang Chelsea hujung minggu depan," katanya.

Kekalahan terbaru itu menyaksikan Southampton kekal berada di tangga tercorot.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Februari 2023 @ 9:35 PM