JONES hanya mampu bertahan 10 bulan di Stoke. — FOTO Agensi
JONES hanya mampu bertahan 10 bulan di Stoke. — FOTO Agensi
AFP

PENGURUS Stoke City, Nathan Jones dipecat hari ini selepas hanya 10 bulan mengendalikan kelab bermasalah Liga Kejuaraan Inggeris itu.

Jones menang hanya enam daripada 38 perlawanan kendaliannya selepas menggantikan Gary Rowett yang dipecat Januari lalu.

Bekas bos Luton Town itu meninggalkan Stoke yang menghuni tangga kedua tercorot Liga Kejuaraan selepas tewas 0-2 di Millwall hujung minggu lalu.

Jones mencipta nama dengan mengemudi Luton naik liga dari League Two, namun beliau bergelut di divisyen dua dan Stoke kalah 10 daripada 14 perlawanan liga musim ini.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pengerusi Peter Coates, pertamanya kerana peluang untuk mengurus kelab bola sepak ini dan kemudian kerana sokongan berterusan serta kesabaran sepanjang saya berada di sini,” kata Jones.

Penolong Jones, Paul Hart dan jurulatih pasukan utama Joaquin Gomez turut meninggalkan kelab itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 November 2019 @ 12:14 AM