PEMAIN Juventus gembira selepas berjaya mara ke separuh akhir Piala Itali. FOTO Reuters
PEMAIN Juventus gembira selepas berjaya mara ke separuh akhir Piala Itali. FOTO Reuters
AFP

Milan: Juventus akan berdepan Inter Milan dalam saingan separuh akhir Piala Itali selepas mengalah Lazio 1-0 di suku akhir.

Gleison Bremer menanduk masuk gol kemenangan seminit sebelum rehat selepas dia menerima hantaran lintang Filip Kostic.

Ia adalah gol kedua pemain kelahiran Brazil itu untuk musim ini dan membawa Juventus ke saingan separuh akhir timbal balik berdepan musuh ketat, Inter.

Kemenangan dan tidak melepaskan jaringan itu hadir selepas mereka tumpas di laman sendiri kepada Monza hujung minggu lalu, di mana mereka bolos 10 gol dalam tiga aksi terakhir liga.

"Anda perlukan taktik dan permainan yang betul namun semuanya harus disertai dengan semangat.

"Kami bangkit daripada kekalahan dengan Monza jadi ia bukan situasi yang mudah. Sekarang kami meletakkan asas untuk memulihkan saingan liga," kata jurulatih Massimiliano Allegri.

Separuh akhir April akan menjadi penting kepada musim Juve kerana sekiranya mereka mengatasi Inter, yang menewaskan Atalanta kelmarin, mereka akan menjadi pilihan untuk memenangi perlawanan akhir Mei depan menentang Fiorentina atau Cremonese.

Memenangi piala itu akan melayakkan mereka ke Liga Europa dan itu adalah laluan paling realistik mereka ke saingan benua musim depan selepas dikenakan penalti 15 mata kerana aktiviti perpindahan terlarang bulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Februari 2023 @ 10:16 AM