ADAM Adli (dua dari kanan) ketika melawat AMD hari ini.
ADAM Adli (dua dari kanan) ketika melawat AMD hari ini.
Zulkarnain Azman


Kuala Lumpur: Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim hari ini, meninjau Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang banyak melahirkan bakat baharu sukan bola sepak.

Menurut beliau, lawatan turun padang tersebut bertujuan untuk melihat sendiri bagaimana program pembangunan bola sepak negara berlangsung dan meninjau ruang pemantapan yang boleh diisi kelak.

"Saya berbangga melihat semangat tinggi semua pelatih, jurulatih di AMD dan telah membuka ruang untuk mereka mengemukakan pandangan bagi memastikan keberkesanan program di AMD melalui sesi khas di sana.

"Saya menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada pihak AMD untuk terus membina keupayaan membangunkan barisan pelapis bola sepak negara bertaraf antarabangsa,"katanya.

Turut bersama dalam lawatan itu ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Pengarah Bahagian Bakat MSN, Encik Mohd Safrushahar Yusoff, wakil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di AMD, Datuk Jamal Nasir dan Pengurus Besar NFDP, Yusuf Ibrahim.

Untuk rekod, NFDP yang diilhamkan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bertujuan mencari bakat-bakat muda di seluruh Malaysia.

Antara bakat-bakat yang dilahirkan menerusi program NFDP ialah, penyerang KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin dan pemain pertahanan Selangor Harith Haikal Adam Afkar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Februari 2023 @ 10:03 PM