SALAH kekal menjadi sandaran Liverpool. FOTO EPA
SALAH kekal menjadi sandaran Liverpool. FOTO EPA
Agensi

London: Terdapat lebih banyak rekod mampu dilakar oleh Mohamed Salah menjelang kunjungan Liverpool ke Brentford awal pagi esok termasuk rekod yang ketika ini dikongsi bersama Michael Owen.

Sekiranya Salah menjaringkan gol pada perlawanan itu, dia akan muncul penjaring terbanyak The Reds di tempat lawan dalam era Liga Perdana.

Dia kini berkongsi rekod 55 gol bersama-sama Owen.

Satu gol daripada Salah juga akan menyaksikannya muncul penjaring ketujuh terbanyak sepanjang zaman Liverpool.

Dia ketika ini sudah meledak keseluruhan 172 gol, setaraf dengan Kenny Dalglish.

Dalam pertemuan dengan lawan sama musim lalu, Salah menjaringkan gol liga ke-100 untuk Liverpool pada penampilan ke-151.

Liverpool menyasarkan kemenangan ketiga berturut-turut di tempat lawan buat kali pertama sejak Mei 2022.

Mereka juga berpeluang memenangi perlawanan liga kali kelima berturut-turut buat kali pertama sejak April 2022.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 January 2023 @ 6:38 PM