The Back Page enggan jual buku Owen di Newcastle. FOTO REUTERS/Amazon
The Back Page enggan jual buku Owen di Newcastle. FOTO REUTERS/Amazon
Agensi

SEBUAH kedai buku legenda di Newcastle memecah tradisi apabila enggan mengambil dan menjual autobiografi bekas pemain handalan kelab itu, Michael Owen.

Kedai buku dikenali The Back Page itu yang terletak berdekatan Stadium St James Park, salah satu penjual buku sukan terbesar di dunia.

Bagaimanapun mereka sudah mengharamkan memoir Owen - Michael Owen: Reboot - My Life, My Time - daripada kedai buku mereka selepas bekas penyerang Newcastle itu menyerang Toon Army dan legenda kelab itu, Alan Shearer.

Mereka membuat ciapan : “The Back Page Newcastle yang meraikan ulang tahun ke-16 pada November, mahu mengumumkan selepas mengambil stok setiap buku bola sepak diterbitkan, tidak akan menjual buku terbaru, Michael Owen.

“Ini adalah buku terbaru yang kami benar-benar tidak mahu mengambilnya semula sebagai stok.”

Perbalahan dua bekas bintang England itu dan kemudian menjadi rakan rapat, tercetus minggu ini.

Bagaimanapun, mereka kemudian bercakaran di Twitter dengan menyatakan pendirian masing-masing sehingga didedahkan kepada umum.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 September 2019 @ 7:32 PM