SKUAD Cerezo Osaka akan bersaing bagi kategori bawah 14 tahun pada saingan Piala Supermokh 2022.
SKUAD Cerezo Osaka akan bersaing bagi kategori bawah 14 tahun pada saingan Piala Supermokh 2022.
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Kelab gergasi Jepun, Cerezo Osaka muncul pasukan pertama tiba di Malaysia bagi menyertai saingan Piala Supermokh 2022 di Padang Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD), di Gambang, Pahang.

Saingan itu akan bermula Selasa ini dengan majlis undian berlangsung esok, menyaksikan 11 pasukan akan bertanding.

Selain Crezo, pasukan terbabit adalah Akademi Paris Saint-Germain (PSG), NK Osijek, Fagiano Okayama, Buriram United dan banyak lagi.

Menurut Pengarah Akademi Cerezo Osaka, Koki Kobayashi, mereka sangat berbesar hati kerana dijemput menyertai edisi ini sekali lagi selepas edisi terakhir disertai pada 2019 lalu.

"Kami amat bersyukur kerana dijemput sekali lagi ke kejohanan yang menarik ini, selain dapat membantu pemain kami untuk lebih berkembang dan maju dalam bola sepak.

"Kejohanan ini dapat menarik minat dan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang terutama anak kecil tentang kemahiran bola sepak secara menyeluruh," katanya.

Akademi Cerezo Osaka akan menyertai kategori bawah 14 tahun yang turut disertai pasukan seperti PSG, NK Osijek, Fagiano Okayama, Akademi Hwaseong, RF Youth Champ, MSK Rezemberok, Chonburi FC dan dua pasukan dari Malaysia, AMD A dan AMD B.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Oktober 2022 @ 6:42 PM