PEDRI meraikan jaringannya. FOTO Reuters
PEDRI meraikan jaringannya. FOTO Reuters
AFP

Barcelona: Jaringan Pedri membantu Barcelona meraih kemenangan 1-0 ke atas Celta Vigo, hari ini untuk kembali ke puncak La Liga.

Selepas Real Madrid menewaskan Getafe, Barcelona sedar mereka perlu menewaskan Celta menjelang pertembungan Clasico, Ahad ini sebagai pendahulu liga, tetapi Celta tidak memberikan laluan mudah.

Pelawat hampir menyamakan kedudukan di Camp Nou tetapi penjaga gol Barca, Marc-Andre ter Stegen berjaya menafikan segala cubaan terutamanya menyelamatkan cubaan Iago Aspas lewat permainan.

"Kami mengharungi separuh masa kedua yang hebat dengan memperoleh antara empat hingga enam peluang.

"Jika anda tidak menjaringkan gol di Camp Nou, maka adalah sesuatu yang biasa mengalami kekalahan.

"Mereka akhirnya membuang masa dengan sengaja melewatkan permainan," kata Aspas kepada DAZN.

Ia adalah persembahan yang tidak memberi petanda baik untuk pertembungan penting Barcelona dalam Liga Juara-Juara menentang Inter Milan, Khamis ini.

"Cara kami beraksi pada separuh masa kedua akan menyebabkan kami berdepan kesukaran untuk menewaskan Inter. Tapi pada separuh masa pertama kami beraksi dengan baik.

"Kami bernasib baik kerana mempunyai penjaga gol yang hebat, tetapi kami perlu memperbaiki prestasi permainan," kata jurulatih Barca, Xavi Hernandez.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Oktober 2022 @ 8:58 AM