PENYERANG Tottenham Hotspur, Son Heung-min mengambil bola perlawanan selepas meledak hatrik ketika menewaskan Leicester 6-2, semalam. FOTO EPA
PENYERANG Tottenham Hotspur, Son Heung-min mengambil bola perlawanan selepas meledak hatrik ketika menewaskan Leicester 6-2, semalam. FOTO EPA
Reuters

London: Penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min berkata, kekecewaan dan perasaan negatif berikutan kemarau jaringan sejak beberapa minggu lalu berakhir selepas hatriknya yang membantu kemenangan 6-2 ke atas Leicester City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Son yang berkongsi Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak musim lalu bersama bintang Liverpool, Mohamed Salah, diketepikan daripada kesebelasan utama selepas melalui lapan perlawanan dalam semua kejohanan tanpa gol.

Penyerang Korea Selatan itu bertindak balas sebaik mungkin apabila digugurkan dengan meledak hatrik dalam tempoh 14 minit selepas dimasukkan pada minit ke-59 bagi menggantikan Richarlison.

"Ia adalah perasaan yang menakjubkan," kata Son kepada BBC selepas kemenangan itu.

"Saya tidak percaya (apabila menjaringkan gol). Semua kekecewaan dan perasaan negatif berlalu pergi. Saya tidak mampu bergerak, jadi saya berdiri tegak kerana ia membuatkan saya gembira.

"Ada ketikanya, bola sepak memang gola. Ada ketika, bola tidak mahu masuk ke dalam gawang dan ia masuk tiga kali hari ini. Ia mengubah semuanya.

"Saya banyak belajar sepanjang tempoh itu. Saya perlu bekerja keras setiap kali mendapat peluang.

"Tiga gol nasib baik dan saya sungguh bangga."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 September 2022 @ 8:53 PM