SON (kiri) salahkan diri sendiri kerana tidak beraksi dengan baik. FOTO/AFP
SON (kiri) salahkan diri sendiri kerana tidak beraksi dengan baik. FOTO/AFP
Reuters

NIZHNY NOVGOROD (RUSSIA): Penyerang Korea Selatan, Son Heung-min menyalahkan diri sendiri di atas kekalahan 0-1 pasukannya kepada Sweden dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia mereka, dengan berkata dia tidak berusaha sebaik mungkin bagi membantu rakan pasukannya dalam saingan Kumpulan F.

Son adalah satu-satunya pemain berkelas dunia buat pasukan Korea itu dan dia berasa bertanggungjawab dengan profailnya yang datang dari Liga Perdana Inggeris.

“Saya sangat kecewa dengan persembahan saya. Saya rasakan saya sepatutnya membuat sesuatu buat pasukan tetapi saya tidak bermain dengan baik,” kata Son.

“Ia tidak menjadi seperti yang dirancang dan saya tidak bermain dengan baik,” kata penyerang Tottenham Hotspur itu.

Son bermula di bahagian kanan jentera serangan tetapi dia seakan tidak kelihatan apabila pasukannya tidak berjaya melancarkan serangan ke gawang.

“Kami penyerang sepatut mengambil tanggungjawab mengenai ini. Apabila kami mendapat bola, kami masih terlalu jauh untuk pergi ke depan,” katanya.

Kesimpulannya ia adalah persembahan mengecewakan dengan Korea Selatan akan bertemu Mexico dan Jerman selepas ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Jun 2018 @ 4:46 AM