RASHFORD (kanan) mahu rakan sepasukan bermain dalam satu unit ketika berdepan Liverpool awal pagi esok. FOTO AFP
RASHFORD (kanan) mahu rakan sepasukan bermain dalam satu unit ketika berdepan Liverpool awal pagi esok. FOTO AFP
Reuters

Manchester: Penyerang Manchester United, Marcus Rashford, gesa rakan sepasukan bersatu-padu di atas padang ketika mereka ingin bangkit daripada kekalahan 0-4 di Brentford dan kembali memperoleh kemenangan berikutan permulaan yang buruk dalam kempen Liga Perdana Inggeris.

United, yang berada di tangga ke-19 dalam liga selepas tewas dalam kedua-dua perlawanan pembukaan, berharap untuk mendapatkan mata pertama mereka di bawah pengurus baharu Erik ten Hag apabila melayan kunjungan Liverpool pagi esok.

Apabila ditanya sama ada United gagal bermain sebagai satu unit sebelum ini, Rashford memberitahu Sky Sports, perkara itu tidak berlaku di dalam perlawanan sebelum ini dan mereka menerima padah.

"Ia adalah sesuatu yang perlu kita lakukan sepanjang tempoh 90 minit.

"Kami faham dalam permainan selama 90 minit ia boleh membawa anda cabaran berbeza tetapi selagi kita semua bersama saya yakin kita boleh menangani apa sahaja yang ditempuhi.

"Lebih cepat kami melakukannya ia akan menjadi lebih baik. Bagi kami ia hanya mengenai mendapatkan mata. Kami mahu meneruskan musim ini dan sebaik sahaja kami melakukannya, kami akan merasai kemenangan lagi," kata Rashford.

Pemain berusia 24 tahun itu menambah bahawa pertembungan liga menentang musuh ketat Liverpool, tiba pada masa yang sesuai untuk United.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Ogos 2022 @ 10:54 PM