RONALDO nafi akan berpindah ke Sporting Lisbon. -FOTO Agensi
RONALDO nafi akan berpindah ke Sporting Lisbon. -FOTO Agensi
Agensi

London: Cristiano Ronaldo akhirnya membuka mulut selepas berminggu-minggu spekulasi perpindahannya dan menolak laporan bahawa dia akan kembali ke Sporting Lisbon.

Bintang Portugal itu menggegarkan Manchester United awal bulan ini apabila memberitahu dia mahu meninggalkan kelab itu.

Peminat kelab yang diminati pada zaman kanak-kanaknya Sporting di mana United buat pertama kali diikat pada 2003 teruja apabila dikatakan kereta Ronaldo dikesan di tempat letak kereta pemain mereka.

TV Sukan Portugal menyiarkan gambar kereta itu dengan kenyataan berikut di Instagram: "Satu gambar di media sosial dan mereka mengatakan ia adalah kereta bintang Portugal di garaj Jose Alvalade."

Perkara itu menguatkan lagi khabar angin bahawa Ronaldo berada di sana untuk membincangkan kepulangannya secara pinjaman untuk musim akan datang.

Bagaimanapun, pemenang Ballon d'Or lima kali itu pantas menyelar khabar angin yang menegaskan bahawa ia adalah palsu.

Dia membalas komen di bawah gembar berkenaan dengan menulis : "Palsu"

Ronaldo sebelum ini memaklumkan kepada ketua United bahawa dia mahu meninggalkan Old Trafford kerana ingin bermain dalam Liga Juara-Juara musim depan.

Pemain berusia 37 tahun itu tidak menyertai Red Devils pada aksi pra-musin kerana 'sebab keluarga'.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Julai 2022 @ 11:41 AM