AFP

New York: Jersi yang dipakai Diego Maradona ketika meledak dua gol ketika menentang England pada Piala Dunia 1986 termasuk jaringan 'tangan tuhan' mula dilelong hari ini dengan harga bidaan $5 juta (RM21.41 juta).

Sotheby melelong jersi biru bernombor 10 itu menerusi jualan dalam talian sehingga 4 Mei.

Beberapa jam selepas bidaan dibuka, laman web menunjukkan tawaran pertama bernilai £4 juta (RM22.39 juta) yang menyamai harga terendah pra jualan syarikat terbabit sekali gus mencipta rekod baharu untuk harga jersi bola sepak.

JERSI Maradona boleh dimiliki serendah RM22 juta.
JERSI Maradona boleh dimiliki serendah RM22 juta.

Rekod harga jersi untuk mana-mana sukan bernilai $5.6 juta (RM23.98) yang dicipta pada 2019 menerusi jersi milik Babe Ruth ketika beraksi bersama New York Yankees.

Anak perempuan Maradona sebelum ini mendakwa jersi yang dilelong itu hanya dipakai ayahnya pada aksi babak pertama ketika kedudukan perlawanan tanpa jaringan dan bukan ketika dia meledak dua gol pada babak kedua tetapi Sotheby menegaskan mereka melelong jersi yang betul.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 April 2022 @ 8:55 AM