MARTINEZ menjaringkan gol kedua Inter.
MARTINEZ menjaringkan gol kedua Inter.
Reuters

Milan: Penyerang Inter Milan, Lautaro Martinez menjaringkan dua gol pada babak pertama bagi membantu pasukannya mara ke final Piala Itali selepas menewaskan AC Milan 3-0 pada aksi peringkat kedua di San Siro awal pagi tadi.

Mereka berdepan Juventus atau Fiorentina yang bertembung dalam satu lagi aksi separuh akhir di Turin dengan skuad tuan rumah menang 1-0 pada perlawanan pertama.

Inter yang seri tanpa jaringan dengan Milan pada aksi pertama meledak gol minit keempat selepas Martinez merembat kencang hantaran Matteo Darmian dalam kotak penalti.

Martinez sekali lagi menghukum pertahanan Milan lima minit sebelum rehat dan pemain gantian, Robin Gosens melengkapkan kemenangan Inter yang memburu gelaran Piala Itali yang pertama dalam tempoh lebih sedekad.

"Kami mahu menang, kami tak sepatutnya tewas tapi kelekaan di bahagian pertahanan 'membunuh kami," kata pengendali Milan, Stefano Pioli.

"Inter menjaringkan gol pada masa yang tepat. Kami gigih berusaha, cipta peluang tetapi ia bukan malam kami."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2022 @ 8:26 AM