Guardiola (kiri), Kloop (kanan) pengurus terbaik di dunia. -FOTO Agensi
Guardiola (kiri), Kloop (kanan) pengurus terbaik di dunia. -FOTO Agensi
AFP

Manchester, United Kingdom: Liverpool dan Manchester City terbabit dalam satu lagi pertarungan sengit perebutan gelaran Liga Perdana dengan kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk memenangi pelbagai trofi musim ini pada beberapa bulan terakhir kempen ini.

City sedang memburu kejuaraan keempat Liga Perdana dalam lima musim ketika melakarkan kemenangan 1-0 ke atas Chelsea pada pertengahan Januari membawa mereka mendahului saingan dengan 13 mata dan 14 mata di hadapan Liverpool.

Dua bulan kemudian, jurang itu berkurangan kepada satu mata dengan Liverpool akan menggunakan sepenuhnya kelebihan baki dua perlawanan dalam tangan dan menjadikan pemburuan kejuaraan semakin menarik antara dua pasukan terbaik bola sepak Inggeris.

Penguasaan Pep Guardiola di Manchester dan kebangkitan skuad Jurgen Klopp bersama Liverpool secara konsisten menyaksikan buku rekod kembali dicatat beberapa tahun kebelakangan ini.

Di antara mereka City dan Liverpool sudah menjulang empat gelaran Liga Perdana yang terakhir dan sekurang-kurangnya beraksi di tiga dari empat final Liga Juara-Juara yang terakhir.

Tiga tahun lalu, pemburuan kejuaraan juga melakar sejarah tersendiri yang menyaksikan persaingan hanya dipisahkan satu mata apabila City mengumpul 98 manakala 97.

"Saya tahu, satu-satunya peluang yang kami ada adalah memenangi perlawanan dengan jumlah luar biasa kerana lawan melakukannya," kata Klopp selepas Liverpool mencatatkan kemenangan kesembilan di Arsenal Rabu lalu.

"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini kami menolak satu sama lain pada tahap yang tidak dicapai akal.

Perasaan yang sama turut dirasai oleh bekas pengendali Barcelona dan Bayern Munich, Guardiola yang memuji Liverpool sebagai "lawan yang sukar pernah saya hadapi dalam tempoh 13 tahun sebagai pengurus."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mac 2022 @ 1:21 PM