RASHFORD (dua dari kiri) dilihat bergelut beberapa minggu kebelakangan ini. FOTO AFP
RASHFORD (dua dari kiri) dilihat bergelut beberapa minggu kebelakangan ini. FOTO AFP
Reuters

Manchester: Pengurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick menafikan bahawa Marcus Rashford tidak berpuas hati dengan kekurangan minit permainan dan berkata penyerang itu komited untuk memulihkan prestasi buruknya agar kembali ke tahap terbaik.

Rashford menjaringkan 21 gol dalam semua kejohanan musim lalu tetapi setakat ini dia hanya menjaringkan lima gol selepas kembali daripada pembedahan bahu pada Oktober.

Pemain antarabangsa England itu dilihat bergelut beberapa minggu kebelakangan ini, dengan kali terakhir diletakkan di kesebelasan utama pada 12 Februari ketika seri 1-1 menentang Southampton.

"Saya tidak fikir dia tidak mempunyai masa permainan yang mencukupi. Dia mempunyai 13-14 perlawanan sejak saya berada di sini sekarang, dia bermain lebih banyak bermain dari awal berbanding sebaliknya.

"Dia berkata kepada saya bahawa dia masih gembira dan dia mahu beraksi di peringkat tinggi bersama kelab ini. Dia tidak menyebut apa-apa mengenai kurang gembira di sini," kata Rangnick.

United, yang berada di tangga kelima liga dengan 47 mata daripada 28 perlawanan, seterusnya akan berdepan pencabar empat teratas Tottenham Hotspur dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi esok.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mac 2022 @ 1:58 PM