OLIVIER Giroud. -FOTO AFP
OLIVIER Giroud. -FOTO AFP
AFP

Milan: Olivier Giroud menceriakan AC Milan dalam pemburuan gelaran Serie A apabila meledakkan gol tunggal untuk menang ke atas Napoli 1-0 dan membawa pasukannya ke persada liga.

Penyerang veteran, Giroud meledak gol tiga minit selepas waktu rehat di Stadio Diego Armando Maradona untuk memastikan Milan kini dua mata di hadapan pencabar utama, Inter Milan.

Juara bertahan Inter, masih lagi mempunyai satu perlawanan dalam tangan dan menduduki tempat teratas pada Jumaat lalu selepas menang 5-0 menewaskan Salernitana tapi kini berada di kedudukan kedua, satu mata di depan Napoli.

Penyerang Perancis itu menjaringkan gol kelapan dalam liga musim ini, adalah yang pertama di luar San Siro sejak meninggalkan Chelsea.

"Saya sentiasa mahu melakukan yang terbaik apabila saya berada di dalam kotak penalti, untuk berada di tempat yang betul dan masa yang tepat," kata Giroud kepada DAZN.

"Saya tidak mahu bercakap mengenai Scudetto ketika ini tetapi kami berharap akan menang sesuatu tahun ini. Kami bercita-cita besar dan akan bertarung hingga penghujung."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mac 2022 @ 10:57 AM