PEMAIN Real Madrid meraikan kejayaan selepas menewaskan  Athletic Bilbao di Riyadh. FOTO AFP
PEMAIN Real Madrid meraikan kejayaan selepas menewaskan Athletic Bilbao di Riyadh. FOTO AFP
Reuters

Riyadh: Pengendali Real Madrid Carlo Ancelotti bangga selepas meraih kemenangan 2-1 ke atas Athletic Bilbao pada final Piala Super Sepanyol di Arab Saudi sekali gus gelaran ke-21 sepanjang kariernya dan yang kelima bersama gergasi Sepanyol itu.

Ia trofi pertamanya sejak menghadiahkan Piala Super Jerman untuk Bayern Munich pada 2017.

"Ya, saya menang banyak trofi tetapi sudah lama tidak memenanginya," kata Ancelotti dalam sidang media di Riyadh awal pagi tadi.

"Menang menggambarkan penamat kerja anda. Pada pandangan umum, ia bermakna anda melakukan tugas dengan baik tetapi ia tidak selalunya benar. Saya fikir saya melakukan tugas dengan baik di Everton dan Napoli tetapi saya tidak menang trofi di sana."

Pengurus berusia 62 tahun itu mengendalikan Real ketika mereka menjuarai Liga Juara-Juara ke-10 pada 2014. Dia juga menjuarai Copa del Rey, Piala Super Eropah dan Piala Kelab Dunia bersama Madrid ketika kali pertama mengendalikan Galacticos sehingga 2015.

Dia hanya perlukan gelaran LaLiga untuk muncul pengurus pertama dalam sejarah kelab menjuarai kesemua enam trofi utama dan mereka kini gah di puncak liga.

"Saya berasa bertuah dan bangga apabila berpeluang mengendalikan pasukan ini," kata Ancelotti. "Anda tidak boleh letih untuk menang. Ia indah, sesuatu yang anda amat nikmatinya. Melihat pemain gembira meraikan kejuaraan."

Selain trofi bersama Real Madrid, Ancelotti turut menjulangnya tiga kali bersama Bayern, satu dengan Paris St Germain, tiga bersama Chelsea, lapan dengan Milan dan satu ketika mengendalikan Juventus.

Real mendahului LaLiga dengan 49 mata daripada 21 perlawanan, lima mata di depan pasukan di tangga kedua Sevilla.

Mereka akan menentang PSG pada pusingan 16 dalam aksi Liga Juara-Juara dan berkunjung ke Elche juga dalam peringkat 16 Piala Raja Sepanyol, Khamis depan.

"Kami tidak mempunyai masa untuk bergembira, ada lagi kejohanan menunggu beberapa hari lagi," kata Ancelotti said.

Pada aksi awal pagi tadi, jaringan Real diperolehi menerusi rembatan menarik Luka Modric pada babak pertama dan penalti Karem Benzema pada awal babak kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 January 2022 @ 7:49 AM