Leverkusen's German forward Florian Wirtz looks on during the UEFA Europa League Group G football match Bayer 04 Leverkusen v Celtic in Leverkusen, western Germany, on November 25, 2021. (Photo by Ina Fassbender / AFP)
Leverkusen's German forward Florian Wirtz looks on during the UEFA Europa League Group G football match Bayer 04 Leverkusen v Celtic in Leverkusen, western Germany, on November 25, 2021. (Photo by Ina Fassbender / AFP)
AFP

Leverkusen, Jerman: Florian Wirtz baru berusia 18 tahun Mei lalu dan dia sudahpun menarik perhatian kelab terkemuka Eropah dengan aksi yang memukau namun Bayer Leverkusen mempunyai perancangan mengekalkan bintang remaja mereka itu sehingga benar-benar menyinar.

Kecekapan Wirtz membolehkan Moussa Diaby menjaringkan gol kemenangan 3-2 ke atas Celtic untuk membawa Leverkusen mara ke saingan 16 terbaik Liga Europa.

Wirtz tidak begitu menonjol ketika Leverkusen mengikatnya dari skuad bawah 17 tahun Cologne Januari 2020.

Namun keupayaannya meledakkan tujuh gol dan membantu sembilan jaringan dari 16 perlawanan untuk Leverkusen membuktikan segalanya.

"Banyak yang saya pelajari dari senior. Corak permainan yang sangat berbeza dengan bola sepak remaja," kata penyerang tengah itu.

"Menentang kelab besar seperti Celtic anda perlu membuktikan dirinya pada tahap berbeza.

"Apabila anda mampu untuk membuat kemunculan seperti itu ia akan memberikan anda sedikit momentum yang kami mahu bawa ke perlawanan di Leipzig nanti," tambahnya ketika menjaringkan dua gol sewaktu menentang gergasi Scotland itu.

Leverkusen kini di kedudukan keempat Bundesliga dan berada dalam laluan ke Liga Juara-Juara musim depan, mempunyai sejarah sering kehilangan bakat muda kepada kelab yang lebih besar.

Michael Ballack berusia 25 ketika dia meninggalkan kelab itu secara percuma untuk ke Bayern Munich pada 2002 yang kemudiannya menjadi kapten Jerman dan bintang buat Chelsea.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 November 2021 @ 12:15 PM