OLE Gunnar Solskjaer. FOTO AFP
OLE Gunnar Solskjaer. FOTO AFP
AFP

Manchester: Ole Gunnar Solskjaer berkata Manchester United sudah melupakan kekalahan memalukan di tangan Liverpool dalam usahanya untuk menerapkan aura positif menjelang pertemuan dengan Manchester City, esok.

Liverpool melakar kemenangan 5-0 di Old Trafford dua minggu lalu sekali gus menyaksikan kedudukan Solskjaer selaku pengurus United semakin terancam.

Bagaimanapun United bangkit dengan kemenangan 3-0 di Tottenham dan seri 2-2 ketika bertemu Atalanta pada saingan Liga Juara-Juara pertengahan minggu lalu dengan Cristiano Ronaldo menjadi watak penting di hujung perlawanan.

Bagaimanapun kerapuhan di benteng pertahanan ketika bertemu Atalanta menyaksikan United berisiko untuk berdepan satu lagi kekalahan di tempat sendiri apabila bertemu seteru setempat, City.

"Kami sudah melupakan kekalahan itu," kata Solskjaer berhubung kekalahan di tangan Liverpool.

"Ia akan menjadi sejarah tetapi kami melalui kempen selepas itu dengan baik. Kami memperoleh keputusan yang baik di tempat lawan pada perlawanan sukar.

"Sudah pasti kami akan turun pada perlawanan seterusnya dengan keyakinan yang tinggi. Ia adalah pertemuan seteru setempat dan setiap orang tahu apa yang bakal berlaku."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 November 2021 @ 11:03 PM