BALE pada sesi latihan Wales. FOTO AFP
BALE pada sesi latihan Wales. FOTO AFP
AFP

Rom: Gareth Bale memberi amaran Wales mampu menewaskan Itali pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A kempen Euro 2020 di Rom tengah malam ini.

"Kami mempunyai perancangan yang kami rasakan mampu kecewakan mereka," kata bintang Real Madrid itu.

Itali sudah pun melangkah ke pusingan kalah mati manakala Wales memerlukan keputusan seri untuk memastikan dapat mengikut jejak langkah Itali manakala kemenangan akan membolehkan mereka mengatasi Azzurri di tangga teratas.

"Ia pasti sangat mencabar. Kami tidak meraguinya meskipun jika lawan tidak mempunyai rekod," kata Bale merujuk kepada rekod 29 perlawanan tanpa kalah dilalui Itali.

Itali sudah memenangi 10 perlawanan berturut-turut tanpa melepaskan gol.

"Ia pasti keputusan yang sangat baik untuk kami jika dapat memenangi peringkat kumpulan dan kemudian beraksi di Wembley," kata Bale.

Dua aksi Wales sebelum ini di Baku menyaksikan mereka seri 1-1 dengan Switzerland dan menewaskan Turki 2-0.

Bale yang gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika bertemu Turki berkata, dia mahu menebus kekecewaan itu jika mempunyai peluang sama apabila bertemu Itali.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Jun 2021 @ 10:26 AM