Penyerang Lille dari Turki, Burak Yilmaz (dua kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
Penyerang Lille dari Turki, Burak Yilmaz (dua kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
AFP

Paris: Lille menjuarai Ligue 1 selepas mencatat kemenangan 2-1 di Angers pagi ini sekali gus memastikan mahkota selaku juara Perancis kali pertama sejak 2011 pada hari terakhir musim ini.

Gol awal Jonathan David dan penalti disempurnakan Burak Yilmaz pada babak pertama memastikan skuad kendalian Christophe Galtier satu mata di depan pasukan tangga kedua, Paris Saint-Germain yang menang 2-0 di Brest.

Angelo Fulgini kembali merapatkan jaringan pada tambahan masa namun tuan rumah tidak mampu menyekat Lille yang bergelar juara buat kali keempat dalam sejarah mereka.

Pemain Lille meraikan kejayaan muncul juara Ligue 1 Itali. FOTO AFP
Pemain Lille meraikan kejayaan muncul juara Ligue 1 Itali. FOTO AFP

Perlawanan dilangsungkan tertutup berikutan halangan Covid-19 namun penyokong memenuhi jalan dekat Lille bagi meraikan kejayaan itu.

Penyokong menyalakan suar dan menyanyi di bandar Selatan dekat Place Charles de Gaulle bagi meraikan kejayaan bersejarah menewaskan lawan yang lebih kaya itu.

"Ia sangat menakjubkan. Hari yang panjang dan terlalu banyak tekanan. Untuk menewaskan Paris Saint-Germain bagi gelaran liga adalah sesuatu yang luar biasa," kata Galtier kepada Canal+.

"Pemain menakjubkan... pujian harus diberikan kepada pemain, mereka adalah hero."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Mei 2021 @ 8:33 AM