IBRAHIMOVIC kekal di Milan sehingga 2022. FOTO AFP
IBRAHIMOVIC kekal di Milan sehingga 2022. FOTO AFP
AFP

Milan: Zlatan Ibrahimovic iaitu 'Benjamin Button' dari Serie A menyambung kontrak bersama AC Milan sehingga 2022 sekali gus akan melepasi ulang tahun kelahirannya yang ke-40.

Penyerang kelahiran Sweden itu, yang akan berusia 40 tahun Oktober depan, mendapat pujian kerana berjaya mengubah Milan menjadi pesaing untuk merebut gelaran liga sejak kembali Januari lalu.

"AC Milan adalah kelab yang menyaksikan Zlatan paling banyak membuat penampilan di Itali.

"Selepas menjaringkan 84 gol dalam 130 penampilan bersama Rossoneri, penyerang Sweden ini akan terus menyarung jersi merah dan hitam musim depan," jelas kelab berkenaan dalam satu kenyataan

"Perjuangan diteruskan @acmilan," Ibrahimovic berkongsi perkara berkenaan di media sosial selepas membuat perjanjian yang dilaporkan bernilai 6.5 juta euro (RM32 juta).

Ibrahimovic, yang membantu kelab berkenaan meraih trofi Serie A buat kali terakhi pada 2011, mungkinn akan beraksi sekali lagi di peringkat tertinggi selepas Milan kembali ke Liga Juara-Juara buat pertama kali sejak 2014.

"Saya berasa sangat gembira. Saya sudah lama menunggu saat ini dan sekarang mempunyai tempoh setahun lagi, di mana ia sangat penting buat kami

"Saya sentiasa berkata, beraksi di Milan adalah seperti berada di rumah sendiri.

"Saya suka dengan cara kelab ini, semua orang yang bekerja di sini, rakan sepasukan, jurulatih, penyokong yang saya sangat rindui di stadium.

"Di sini sama seperti rumah saya. Jika saya boleh kekal sepanjang hayat saya mahu," kata Ibrahimovic kepada Milan TV.

I

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 April 2021 @ 11:17 AM