Pemain Kelantan meraikan jaringan menentang Kuching City pada aksi Liga Perdana. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Pemain Kelantan meraikan jaringan menentang Kuching City pada aksi Liga Perdana. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Nor Amalina Alias


Kota Bharu: Gol menerusi tandukan pemain import, Natanael Siringo Ringo sudah cukup membolehkan Kelantan FC menewaskan Kuching City FC 1-0 pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, hari ini.

Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian Marco Ragini itu mengumpul 13 mata sekali gus hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu, Negeri Sembilan FC yang tewas mengejut kepada Kelantan United, malam tadi.

Natanael yang juga ubi muda kelahiran Indonesia itu menjaringkan gol kemenangan berkenaan sebelum berakhir babak pertama sekali gus membolehkan Kelantan FC melakar kemenangan kedua berturut-turut di laman sendiri.

Terdahulu, tuan rumah dan anak buah Irfan Bakti Abu Salim buntu meledak jaringan dalam perlawanan yang tampak seimbang itu.

Memasuki babak kedua, menyaksikan pelawat lebih banyak mengasak pintu gol tuan rumah tetapi gagal mencari gol penyamaan.

Peluang terbaik pelawat hadir pada penghujung aksi tetapi percubaan Yuta Suzuki sekadar melintasi gawang yang dikawal Nik Mohd Amin Ahmad.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 April 2021 @ 8:35 PM