Rudiger (kanan) dan Arrizabalaga terpaksa dileraikan rakan sepasukan selepas bergaduh ketika sesi latihan pasukan Chelsea. FOTO Agensi
Rudiger (kanan) dan Arrizabalaga terpaksa dileraikan rakan sepasukan selepas bergaduh ketika sesi latihan pasukan Chelsea. FOTO Agensi
Agensi

London: Pemain pertahanan, Antonio Rudiger dan penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga dilaporkan terbabit dalam pergaduhan ketika sesi latihan pasukan itu.

Kejadian memaksa pengendali Chelsea, Thomas Tuchel mengarahkan Rudiger yang juga pertahanan antarabangsa Jerman menamatkan sesi latihan lebih awal.

Difahamkan perselisihan faham antara kedua-dua pemain itu tercetus selepas mereka kelihatan tolak-menolak antara satu sama lain sebelum ia menjadi bertambah 'panas' dan tidak terkawal.

Rakan sepasukan terpaksa meleraikan insiden itu sehingga Tuchel memutuskan Rudiger tidak perlu mengambil bahagian dalam baki lima minit terakhir latihan manakala Arrizabalaga juga menamatkan sesi latihan lebih awal.

Tuchel kemudiannya memberitahu kejadian itu sudahpun diselesaikan secara baik selepas kedua-dua memohon maaf.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 April 2021 @ 11:22 PM