Pengurus Liverpool dari Jerman, Jurgen Klopp. FOTO AFP
Pengurus Liverpool dari Jerman, Jurgen Klopp. FOTO AFP
Agensi

London: Jurgen Klopp berpendapat Liverpool akan hanya bertindak mendapatkan pemain yang sesuai pada jendela perpindahan pemain.

Tonggak yang dihimpit kecederaan panjang seperti Virgil van Dijk dan Joe Gomez diikuti kecederaan yang dilalui beberapa lagi pemain antaranya Joel Matip memberi bayangan skuad The Reds perlu mendapatkan pemain pertahanan tengah yang baharu sebelum hujung bulan ini.

Ketika Fabinho turut tidak dapat diturunkan pada aksi berdepan Tottenham Hotspur hari ini kerana kecederaan, Klopp berdepan tanda tanya mengenai calon pemain yang berpotensi untuk dibawa masuk di Anfield.

Tidak terlalu tergesa-gesa dalam tempoh jendela perpindahan yang akan ditutup pada Isnin ini, pengendali dari Jerman itu memberi bayangan dia tidak akan membawa masuk muka baru sebagai pelengkap skuad itu.

"Anda boleh bayangkan kami memikirkan mengenai semua perkara. Sudah tentu, kami memikirkannya setiap masa. Ia mengenai melakukan sesuatu perkara yang betul atau tidak, saya bukan memilih atau apa sahaja, tetapi kami perlu mendapatkan pemain sesuai.

"Kami mempunyai pemain, walaupun secara jujurnya tidak ramai di barisan pertahanan, sesuatu yang luar biasa berlaku di sana. Ia sangat menakjubkan."

Pemain muda, Nathaniel Phillips dan perancang tengah, Jordan Henderson mengakhiri perlawanan di Spurs dengan memperkemaskan bahagian pertahanan tengah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 January 2021 @ 8:42 PM