Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo (kiri) dalam salah satu aksi di Serie A. FOTO File AFP
Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo (kiri) dalam salah satu aksi di Serie A. FOTO File AFP
AFP

Rome: Cristiano Ronaldo melanggar peraturan sekatan perjalanan bagi Covid-19 dengan berkunjung ke sebuah resort pergunungan menurut laporan media hari ini.

Penyerang Juventus itu didapati melakukan perjalanan ke Courmayeur, iaitu 150 kilometer barat laut dari ibu pejabat kelab Serie A di Turin, bagi meraikan sambutan hari lahir teman wanitanya, Georgina Rodriguez.

Ketika dihubungi AFP, Juve enggan memberikan sebarang kenyataan membabitkan perkara itu.

Georgina yang berusia 27 tahun pada hari ini, memuatnaik video di kawasan bersalji itu dalam Instagram sebelum memadamnya, namun ia disedari dan dipetik beberapa laman web media Itali.

Akhbar The Gazzetta dello Sport berlaporkan Ronaldo dan Rodriguez meluangkan malam Selasa di hotel dan bersiar-siar di kawasan bersalji keesokan paginya sebelum kembali ke Turin.

Mengikut undang-undang Covid-19 di Itali, pasangan itu sepatutnya tidak meninggalkan bandar Turin. Mereka berdepan hukuman denda 400 Euro (RM1,963).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 January 2021 @ 10:48 PM