DUA gambar yang mencetuskan persoalan sama ada Georgina sedang hamil atau bakal bertunang. FOTO Agensi
DUA gambar yang mencetuskan persoalan sama ada Georgina sedang hamil atau bakal bertunang. FOTO Agensi
Agensi

TEMAN wanita Cristiano Ronaldo, Georgina Rodriguez mencetuskan tanda tanya sama ada dia sedang hamil atau sudah bertunang selepas memuat naik dua gambar di media sosial.

Model berusia 26 tahun itu memuat naik gambar memakai cincin besar manakala sekeping lagi gambar tangannya memegang perut.

Georgina sebelum ini menafikan sudah bertunang tetapi gambar terbaru yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya kembali mencetuskan persoalan.

Gambar pertama menunjukkan Georgina sedang berada di dalam lif dan tangannya memegang perut bersama kapsyen: "Buenos Dias."

Gambar kedua pula di Instagram Story menunjukkannya menyarung cincin besar bersama-sama beg tangan jenama Chanel.

Ronaldo, 35, menghabiskan masa sepanjang perintah berkurung di tempat asalnya di Madeira tetapi kini dia sudah kembali ke Itali untuk menjalani latihan bersama Juventus.

Namun fokus kini juga terarah kepada pasangannya itu selepas Georgina membayangkan dia mengandung empat hari lalu dengan kapsyen gambar: "Bayi perempuan."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mei 2020 @ 12:51 PM