ABRAHAM (dua kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
ABRAHAM (dua kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
AFP

London: Tammy Abraham mengurangkan tekanan yang dihadapi Frank Lampard selepas hatrik penyerang Chelsea itu membolehkan kelab itu melakar kemenangan 3-1 ke atas Luton pada pusingan keempat Piala FA hari ini.

Hanya pada musim kedua membimbing Chelsea, Lampard berdepan pemecatan selepas aksi hambar pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kekalahan kepada pasukan Liga Kejuaraan di saingan Piala FA pasti akan memberi lebih tekanan kepada Lampard namun aksi cemerlang Abraham nyata melegakan pengurus Chelsea itu.

Abraham menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama sebelum Jordan Clark merapatkan jurang untuk Luton.

Luton terus memberi tekanan selepas itu namun Abraham akhirnya berjaya mengesahkan kemenangan Chelsea untuk bertemu Barnsley pada pusingan seterusnya.

Timo Werner sekali lagi mempamerkan aksi mengecewakan apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti pada lewat permainan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2021 @ 10:59 PM