MESSI (kiri) dan Ronaldo dilabel pemain terbaik sepanjang zaman. FOTO Agensi
MESSI (kiri) dan Ronaldo dilabel pemain terbaik sepanjang zaman. FOTO Agensi
Agensi

London: Lionel Messi kini menduduki tangga ke-97 pemain paling bernilai di dunia dan lebih mengejutkan Cristiano Ronaldo menduduki tangga ke-131.

Malah kedua-duanya yang digelar pemain terbaik sepanjang zaman itu tewas kepada pemain muda Manchester United, Daniel James yang menduduki tempat ke-75.

Ia adalah dapatan terbaharu kajian oleh CIES Football Observatory yang mengambil kira beberapa faktor termasuk prestasi, usia, kontrak serta penampilan bersama kelab dan negara dalam proses menilai satu-satu pemain itu.

Dapatan mereka menunjukkan penyerang Manchester United, Marcus Rashford dilabel sebagai pemain paling bernilai mengetepikan Erling Haaland dan Trent Alexander-Arnold.

Bruno Fernandes, Kylian Mbappe dan Jadon Sancho juga menduduki kelompok antara pemain paling bernilai.

Bagaimanapun tumpuan pastinya terarah kepada Messi dan Ronaldo yang di sebalik nama gah mereka, kedua-duanya menduduki senarai bawahan.

Seramai 10 pemain Red Devils di depan kedua-dua bintang itu. Mereka termasuklah Rashford, Fernandes, Mason Greenwood, Anthony Martial, Aaron Wan-Bissaka, Donny van de Beek, James, Harry Maguire, Scott McTominay dan Victor Lindelof.

Malah jumlah 10 pemain United itu yang menduduki kelompok 100 pemain paling bernilai adalah melebihi mana-mana kelab termasuklah gergasi Sepanyol, Barcelona.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2021 @ 10:24 PM