Dari kiri Gakpo, Mbappe dan Rashford.
Dari kiri Gakpo, Mbappe dan Rashford.

Doha: Siapakah pemain yang akan bersaing dengan Kylian Mbappe dalam pemburuan gelaran Kasut Emas Piala Dunia?

Penyerang Perancis itu sudah meledak lima gol setakat ini, dua mengatasi pemain lain yang berada dalam senarai enam teratas.

Antara turut berpeluang memintas dengan tiga gol setakat ini adalah legenda Argentina, Lionel Messi; gandingan bintang England, Bukayo Saka dan Marcus Rashford;

wira hatrik Portugal, Goncalo Ramos; penjaring terbanyak sepanjang zaman Perancis, Olivier Giroud; Richarlison (Brazil) dan Cody Gakpo (Belanda).

Begitupun terdapat juga jangkaan daripada kebangkitan pemain pilihan kejohanan antaranya kapten England dan pemenang Kasut Emas 2018, Harry Kane; bintang Brazil, Neymar dan sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo - untuk menambah jaringan daripada satu gol setakat ini.

Pemain yang turut meledak dengan dua gol juga berpeluang memintas kedudukan penjaring terbanyak. Mereka antaranya Bruno Fernandes, Rafael Leao, Julian Alvarez dan Andrej Kramaric.

Kali terakhir pemain Perancis memenangi Kasut Emas di Piala Dunia adalah menerusi Just Fontaine yang meledak 13 gol pada Piala Dunia Sweden 1958.

Sejak diperkenalkan anugerah Kasut Emas berjaya dimenangi pemain dari negara Eropah dan tidak ketinggalan bintang dari Amerika Selatan.

Senarai penjaring terbanyak setakat ini:

1. Kylian Mbappe (Perancis) 5 gol

2. Lionel Messi (Argentina) 3 gol

3. Richarlison (Brazil) 3 gol

4. Marcus Rashford (England) 3 gol

5. Bukayo Saka (England) 3 gol

6. Cody Gakpo (Belanda) 3 gol

7. Olivier Giroud (Perancis) 3 gol

8. Bruno Fernandes (Portugal) 2 gol

9. Rafael Leao (Portugal) 2 gol

10. Andrej Kramaric (Croatia) 2 gol

11. Julian Alvarez (Argentina) 2 gol

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2022 @ 10:03 PM