Keranda dibawa keluar dari Santa Maria Annunciata Cathedral pada majlis pengebumian Paolo Rossi, di Vicenza, Itali. FOTO Agensi
Keranda dibawa keluar dari Santa Maria Annunciata Cathedral pada majlis pengebumian Paolo Rossi, di Vicenza, Itali. FOTO Agensi
AFP

Milan: Kediaman wira Piala Dunia 1982 Itali, Paolo Rossi dekat Tuscan dimasuki pencuri ketika majlis pengebumiannya.

Agensi berita Itali, AGI melaporkan bahawa isteri Rossi, Federica kembali daripada majlis berkenaan di Vicenza sebelum mendapati rumah didiami mereka dekat Bucine, tenggara Florence dipecah masuk.

Barangan dicuri termasuk jam tangan milik legenda bola sepak itu selain wang tunai.

Rossi dan keluarganya menetap di rumah ladang dekat Poggio Cennina, kawasan pergunungan Val d'Ambra, tempat dia menguruskan syarikat perladangan dan resort agro pelancongan.

Semua pemain bola sepak di Itali hari ini memakai pelekat hitam sebagai mengenang memori Rossi yang meninggal dunia Rabu lalu pada usia 64 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Disember 2020 @ 9:52 AM