MURIEL (kiri) ketika beraksi menentang Crotone dalam aksi Serie A. FOTO AFP
MURIEL (kiri) ketika beraksi menentang Crotone dalam aksi Serie A. FOTO AFP
AFP

Milan: Penyerang Colombia, Duvan Zapata dan Luis Muriel adalah dua senjata yang akan digunakan oleh jurulatih ,Atalanta Gian Piero Gasperini apabila mereka turun menentang skuad bimbingan Jurgen Klopp, Liverpool dalam aksi Liga Juara-Juara hari ini di Bergamo.

Bagi Gasperini, perlawanan di tempat sendiri menentang juara enam kali itu adalah bukti bahawa pasukannya mula mendapat tempat sebagai antara pasukan terbaik di Eropah.

"Kami ingin menghadapi pasukan yang mempunyai prestij yang hebat, kelab yang luar biasa dalam sejarah mereka," kata Gasperini.

"Ia sudah menjadi satu pencapaian. Perlawanan yang akan kami hadapi memberi tenaga kepada kami."

Atalanta dalam aksi Liga Juara-Juara bermula dengan teruk musim lalu. Tewas tiga perlawanan kumpulan sebelum bangkit untuk berada dalam kelompok lapan terakhir di Portugal.

Kali ini mereka memiliki empat mata dari dua perlawanan dan berada di kedudukan kedua Kumpulan D di belakang juara 2019, Liverpool dengan sebahagian besar gol dihasilkan oleh Zapata dan Muriel.

Dua jaringan Zapata membolehkan Atalanta bangkit mengikat Ajax 2-2 di Bergamo minggu lalu, gol ketiga selepas bersama Muriel melakarkan kemenangan selesa 4-0 ke atas kelab Denmark, Midtjylland.

Di peringkat domestik Zapata, 29, menjaringkan dua gol dan Muriel, 29, empat gol selepas mencatatkan kemenangan 2-1 di Crotone.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2020 @ 1:33 PM