MOMOTA berjaya muncul juara di Korea Selatan. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
MOMOTA berjaya muncul juara di Korea Selatan. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
AFP

Seoul: Bekas pemain nombor satu dunia yang semakin kehilangan taringnya, Kento Momota memenangi kejuaraan badminton pertama dalam tempoh dua tahun selepas mengalahkan rakan senegara, Koki Watanabe di Masters Korea.

Dia yang sekarang ini menduduki ranking ke-52 dunia, menang 21-16, 21-15 menentang lawan di tangga ke-26 dunia itu pada perlawanan akhir di Gwangju.

Masters Korea menyaksikan tidak ada kehadiran pemain terbaik di dunia namun gelaran itu akan menjadi pembakar semangat buat Momota, 29, selepas mengharungi beberapa tahun yang sukar.

Momota ialah juara dunia dua kali tetapi kerjayanya yang cemerlang merudum sejak terbabit dalam kemalangan kereta pada Januari 2020 di Malaysia.

Jaguh badminton itu cedera parah dan pemandu kenderaan yang dinaikinya maut.

Dia memenangi 11 kejuaraan yang memecahkan rekod pada 2019, hanya tewas enam kali daripada 73 perlawanan yang dilaluinya dan memperlihatkan sebagai legenda dalam pembikinan.

Bagaimanapun, kemalangan itu menyebabkan dia mengalami masalah penglihatan dan memerlukan pembedahan pada tulang berhampiran matanya.

Gelaran terakhirnya sebelum hari ini ialah di Indonesia pada November 2021.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 November 2023 @ 7:23 PM