AKSI Aaron dan Wooi Yik ketika menentang beregu China. FOTO BAM
AKSI Aaron dan Wooi Yik ketika menentang beregu China. FOTO BAM
Zulkarnain Azman


Kuala Lumpur: Langkah beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terhenti di peringkat separuh akhir Terbuka Singapura selepas tewas kepada wakil China, Liang Wei Keng-Wang Chang sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura, pasangan yang berada di ranking keempat itu bermula baik apabila memenangi set pertama 21-16.

Bagaimanapun momentum itu gagal dikekalkan pada set kedua apabila tumpas 15-21 sekali gus memaksa aksi dibawa ke set penentuan.

Pada set ketiga aksi sengit ditampilkan kedua-dua pasangan itu namun kesilapan di hujung permainan nyata memakan diri sekali gus menyaksikan Aaron-Wooi Yik terlepas tiket ke final apabila tumpas 17-21 dalam aksi yang memakan masa 57 minit.

Selain Aaron-Wooi Yik, turut tersingkir di pusingan separuh akhir hari ini ialah beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang akur tumpas kepada pasangan Jepun yang juga pilihan kedua kejohanan, Yuta Watanabe-Arisa Higashino.

Pada aksi berkenaan, pasangan negara itu akur tumpas 17-21, 22-24 dalam aksi yang memakan masa 39 minit.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Jun 2023 @ 9:25 PM