YEW Sin (kiri) dan Ee Yi tewas di separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF di Bangkok, hari ini. FOTO BADMINTON PHOTO
YEW Sin (kiri) dan Ee Yi tewas di separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF di Bangkok, hari ini. FOTO BADMINTON PHOTO
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Pujian harus diberikan kepada beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi gagal mara ke pentas final Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022, di Bangkok, Thailand, hari ini.

Gandingan pilihan ketiga itu tewas kepada pasangan berpengalaman Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-17, 13-21, 19-21 dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung 54 minit.

Peluang seakan-akan cerah di set ketiga buat Yew Sin-Ee Yi apabila saling berkejar mata demi mata dengan pasangan dikenali dengan panggilan The Daddies itu.

Perlawanan semakin mendebarkan apabila Yew Sin-Ee Yi mengikat kedudukan 19-19 sebelum Ahsan-Hendra meraih kemenangan 21-19.

Kemenangan Ahsan-Hendra itu menyaksikan mereka kini melebarkan rekod pertemuan menjadi 4-1 ke atas beregu negara yang kini menghuni ranking kelapan dunia.

Kali terakhir mereka bertemu adalah di Terbuka India, Januari lalu apabila kemenangan berpihak kepada naib juara dunia 2022 itu.

Yew Sin-Ee Yi mara ke separuh akhir selepas mengungguli Kumpulan A hasil dua kemenangan dan tewas satu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Disember 2022 @ 4:13 PM