KIAN Meng (kiri) dan Pei Jing berpeluang cerah untuk meraih trofi sulung tahun ini. FOTO Ihsan Persekutuan Badminton Dunia
KIAN Meng (kiri) dan Pei Jing berpeluang cerah untuk meraih trofi sulung tahun ini. FOTO Ihsan Persekutuan Badminton Dunia
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Pasangan beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menepati ramalan apabila mara ke saingan akhir Terbuka Korea selepas berjaya menundukkan wakil Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari sebentar tadi.

Kian Meng-Pei Jing berjaya mencatat kemenangan straight set selepas menang 21-13, 22-20 dalam aksi yang berlangsung selama 46 minit di Stadium Palma.

Mereka yang diletakkan sebagai pilihan kedua bakal berdepan gandingan tuan rumah, Ko Sung Hyun-Eom Hye Won di pentas final esok dan berpeluang memperbaiki aksi 2019 apabila hanya muncul naib juara di Terbuka Singapura.

Sung Hyun-Hye Won yang juga pilihan keempat kejohanan mara perlawanan akhir selepas menumpaskan pasangan senegara, Kim Won Ho-Jeong Na Eun 21-9, 21-15.

Berdasarkan rekod, Kian Meng-Pei Jing tidak pernah tumpas kepada gandingan Korea Selatan itu selepas dua kali bertemu dengan aksi terakhir ketika menang pusingan kedua Terbuka Denmark tahun lalu 18-21,21-18, 21-13.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 April 2022 @ 11:39 AM