Klopp (kiri) janji tunggu Van Dijk. FOTO Agensi
Klopp (kiri) janji tunggu Van Dijk. FOTO Agensi
AFP

London: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata menyokong Virgil van Dijk menjadi keutamaannya selepas pertahanan Belanda itu mengalami kecederaan lutut yang tampak akan menamatkan musimnya.

Van Dijk dirempuh penjaga gol Everton, Jordan Pickford ketika Liverpool seri 2-2 dalam pertembungan tetangga Merseyside Sabtu lalu seterusnya menamatkan aksinya terakhirnya dalam kesebelasan utama dengan 94 perlawanan Liga Perdana.

Pemain berusia 29 tahun itu tiba dari Southampton dengan rekod £75 juta (RM402.5 juta) buat seorang pertahanan pada Januari 2018 menukar nasib Liverpool.

Reds menang Liga Juara-Juara pada 2019 dan Liga Perdana buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun.

"Kami akan bersamanya, dia mengetahuinya dan kami akan menantinya seperti isteri yang baik menanti suami yang berada di penjara dan akan melakukannya.

"Sementara itu, apa yang kami boleh lakukan ia menjadikan ia mudah buatnya," kata Klopp kepada Liverpoolfc.com.

"Dia tahu bahawa dia tidak akan bermain untuk seketika, itu jelas. Secara jujur kami tidak mahu letakkan sebarang tempoh masa, kerana setiap pemain berbeza dan setiap individu berbeza." tambah Klopp.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2020 @ 8:40 AM