Aksi pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk (kiri) dalam salah satu aksi Liga Perdana. FOTO AFP
Aksi pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk (kiri) dalam salah satu aksi Liga Perdana. FOTO AFP
Agensi

KOLO Toure mendedahkan apa yang didakwanya sebagai rahsia kelemahan pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk.

Di sebalik kejayaan pertahanan tengah dari Belanda membantu juara Liga Perdana Inggeris musim ini, jurulatih Leicester dan bekas pemain pertahanan Reds, Toure berasakan penyerang mampu menghadirkan masalah kepada pemain dengan nilai perpindahan £75 juta (RM413.6 juta) dalam situasi satu lawan satu.

Namun penilaian Toure bagi pemenang Liga Perdana Inggeris 2020 dan Liga Juara-Juara 2019 bukan berniat mengkritik permainan tonggak Liverpool itu.

Malah mengakui beberapa individu lebih layak menilai Van Dijk.

Pemain yang meluangkan masa 14 tahun di kelab utama Liga Perdana seperti Arsenal, Manchester City dan Anfield tidak menafikan sumbangan tonggak pertahanan itu.

Toure yang memenangi dua kejuaraan Liga Perdana dan dua Piala FA, percaya bekas pemain Southampton itu mempunyai kelebihan tersendiri di posisi pertahanan.

Toure memberitahu kepada Stats Perform News : "Saya tidak nampak ramai pemain mencabarnya dalam situasi satu lawan satu.

"Pada pandangan saya, itu adalah kelemahannya! Dia sangat tinggi dan jika anda betul-betul menyerangnya dengan bola dia mungkin bergelut, tetapi dia bijak mengawal situasi.

"Dia pemain hebat, pantas, tinggi dan mampu melompat ke udara. Dia memiliki teknik, boleh mengubah permainan dengan hantarannya.

"Terdapat juga beberapa pemain bagus di sekelilingnya dan saya fikir ia membuatkan tugasnya lebih mudah."

Toure adalah sebahagian daripada skuad Liverpool yang melepaskan kejuaraan kepada Manchester City pada musim 2013-14, tewas yang dengan dua mata selepas Steven Gerrard terjatuh ketika tewas 2-0 kepada Chelsea.

Saat mengecewakan itu sentiasa menghantui Liverpool dan Gerrard sehinggalah mereka berjaya menamatkan kemarau kejuaraan liga musim ini.

"Sememangnya [mengubat kekecewaan pada 2014]," katanya.

"Apabila anda bermain dengan pasukan seperti Liverpool… penyokong, suasana yang luar biasa. Kelab yang luar biasa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2020 @ 1:41 PM