EVRA anggap Maguire (tengah) harus diketepikan oleh United. FOTO AFP
EVRA anggap Maguire (tengah) harus diketepikan oleh United. FOTO AFP
Agensi

Manchester: Patrice Evra menyuarakan rasa tidak puas hati ke atas bekas kelabnya sebelum, ketika dan selepas Manchester United dimalukan Tottenham.

United dibelasah 1-6 oleh Spurs awal pagi tadi, manakala Anthony Martial pula dilayangkan kad merah hampir setengah jam perlawanan berlangsung.

Evra mengkritik kelab berkenaan di atas beberapa sebab tertentu.

"Saya seorang yang positif namun saya tidak mahu bercakap mengenai United kerana setiap kali anda menceritakan perkara yang benar ia sangat menyakitkan.

"Saya begitu sayangkan kelab saya namun sekarang saya harus membuat tapisan apabila bercakap di televisyen. Ia sangat bercelaru.

"Gary Neville pernah berkata Maguire memerlukan rehat untuk berkhidmat dengan pasukan kebangsaan, kami sentiasa bercakap mengenai dia perlu mencari pasangan yang sesuai, apa kata kali ini kita keluarkan dia dari skuad? Saya tidak mahu mengkritik pemain.

"Saya adalah individu yang pernah berada di sana ia memang sukar. Malam ini (pagi tadi) tidak ada seorang pun boleh bagi alasan. Mereka ternyata membuatkan penyokong United kecewa.

"Saya tidak kisah mengenai keputusan kerana pernah dikalahkan 1-6 namun kali ini setiap tahun kisahnya sama saja. Saya sudah rasakan apa yang penyokong United rasakan," katanya.

Evra berkata, beliau berasa sedih mengenangkan nasib pengurus pasukan tapi selepas ini mereka akan mula bercakap mengenai Ole Gunnar Solskjaer pula.

"Beliau pula selepas ini," kata Evra.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2020 @ 11:56 AM