Aubameyang mahu terus memberi yang terbaik buat Gunners. FOTO AGENSI
Aubameyang mahu terus memberi yang terbaik buat Gunners. FOTO AGENSI
AFP

Pierre-Emerick Aubameyang bertekad untuk menjadi 'legenda' bola sepak Arsenal selepas kapten Gunners itu menamatkan spekulasi berhubung masa depannya dengan menandatangani kontrak baru selama tiga tahun semalam.

Kontak Aubameyang menjadi persoalan sejak musim lalu dengan spekulasi mengatakan bahawa dia mahu menyertai pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara.

Namun penyerang Gabon itu menjelaskan dia masih komited dengan masa depannya bersama Arsenal menerusi siaran langsung dari Instragram dari Stadium Emirates.

Perjanjian baru itu dilaporkan bernilai bernilai £250,000 seminggu (RM1.33 juta) dengan bonus dijangka melebihi £350,000 seminggu (RM1.86 juta) mengatasi pemain yang sebelum ini dibayar gaji paling tinggi oleh kelab, Mesut Ozil.

"Buat semua penyokong Arsenel, seperti yang anda tahu saya sudah menandatangani kontrak itu," kata Aubameyang.

Arsenal mengesahkan berita itu menerusi laman web kelab.

"Pierre-Emerick Aubameyang menandatangani kontrak baru selama tiga tahun bersama kami."

Selepas meledakkan gol untuk membantu Arsenal melakarkan kejutan melepasi saingan separuh akhir Piala FA dan final mengatasi Manchester City dan Chelsea, Aubameyang menolak mengesahkan dia akan terus kekal di kelab utara London itu.

Lebih 100,000 menyaksikan pengumuman itu menerusi akaun Instagram rasmi Arsenal dengan Aubameyang berazam mengikut jejak langkah pemain terhebat Gunners seperti Thierry Henry, Dennis Bergkamp dan Ian Wright.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2020 @ 9:36 AM