Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang setuju kekal di Emirates. FOTO AFP
Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang setuju kekal di Emirates. FOTO AFP
Agensi

PIERRE-Emerick Aubameyang dilaporkan antara bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menerima gaji mingguan tertinggi selepas bersetuju dengan lanjutan kontrak baharu di Arsenal.

Penyerang berusia 31 tahun itu menamatkan spekulasi mengenai masa depannya dengan menandatangani perjanjian tiga tahun untuk kekal di Emirates.

Aubameyang sebelum ini dilaporkan menerima £200,000 seminggu (RM1.07 juta) di kelab Utara London itu kini menerima lebih daripada £350,000 seminggu (RM1.86 juta).

Ia sekali gus menyaksikan dia menjadi pemain yang menerima gaji tertinggi Gunners mengatasi Mesut Ozil malah pemain yang memperoleh gaji tinggi di liga utama Inggeris itu.

Berada dalam senarai itu rakan sepasukan Aubameyang di Arsenal, Ozil yang menerima £350,000 seminggu (RM1.86 juta), ketiga penjaga Manchester United, David De Gea yang menerima pendapatan sama susulan perjanjian baharu yang dicapai pada September lalu.

Penjaga gol Sepanyol dan Manchester United, David de Gea. FOTO File Agensi
Penjaga gol Sepanyol dan Manchester United, David de Gea. FOTO File Agensi

Diikuti perancang tengah Manchester City, Kevin De Bruyne dengan £320,000 seminggu (RM1.71 juta) di Etihad.

Pemain yang mencatat rekod perpindahan di Chelsea, Kai Havertz, 21, di tempat kelima menerima £310,000 seminggu (RM1.66 juta) disusuli rakan sepasukan De Bruyne di City, Raheem Sterling £300,000 seminggu (RM1.61 juta).

Sementara pemain tengah Manchester United, Paul Pogba menerima £290,000 seminggu (RM1.55 juta), rakan senegara dari Perancis, Anthony Martial £250,000 seminggu (RM1.34 juta) dan penyerang City, Sergio Aguero £230,000 seminggu (RM1.23 juta) melengkapkan kelompok 10 teratas menerima gaji tertinggi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2020 @ 10:28 PM